Thursday, January 19, 2012

setiap hari.


assalamualaikum.

setiap hari isnin hingga sabtu.  kerja.  10pagi hingga 10malam.  penat.

setiap hari aku bangun pukul 9.  9.45 aku dah gerak p kerja bermotosikal egois.  eh ego lah.  haha.

setiap hari aku akan bukak kedai.  punch kad kadang kadang tak tepat pada waktunya.

setiap hari lepas punch kad, aku kemas kedai.  membersihkan habuk.  buang sampah.  cuci toilet.  susun itu ini.  lap cermin.  sapu sampah.  on PC.  

bila kedai dah bersih, baru aku selesa nak duduk relaks.  duduk tunggu panggilan masuk.  tunggu customer datang.  order barang dari kilang.  buat invois.  buat sebutharga.  emelkan itu.  emelkan ini.  atas arahan bos.

setiap hari.  bosannnnnnn pun ada.  mengadap facebook.  twitter.  pun bosan jugak.  kalau dah ada kerja, bertimbun pulak.  banyak pulak nak kena cop baju.  banyak pulak tempahan printing mug.  penattttt.

kadang kadang ada kawan kawan datang teman aku.  seronok.

tapi dah lebih kurang 8 bulan aku kerja sini.  alhamdulillah aku dah boleh selesa dengan keadaan.  ramai kenalan.  lebih yakin nak berhadapan dengan kerenah customer. and paling penting sekarang, poket sentiasa terisi.  tak perlu mintak abah dah.  heeeeee.

setiap hari ahad.  membongkang tido kat rumah.  ish tak senonoh.  kalau ada yang ajak berjalan, ikottttttt.  
ahad lepas.  danga bay.  aku naik gajah kat belakang tu.  hahaha.

rutin yang sama setiap hari.  harap harap dapat kerja lebih baik lepas ni.  atau dapatlah sambung degreee. aminnnnnn.
sesungguhnya waktu belajar lebih indah dari alam pekerjaan.  fakta.  




terima kasih. sila baca lagi -_-

3 comments:

ShahzCudin said...

okey la tu masuk keje lmbt..klo kul 7 da kne pegi kje lg haru..

Anonymous said...

hahah...mcm sedey je ko pny post.. chill la

SI MILLY'S said...

Almost right! Belajar lebih indah dari bekerja ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia