Sunday, September 11, 2011

pilihan di tangan aku sendiri


assalamualaikum.

mungkin entry ni akan mengguris hati seseorang.  sebelum tu aku minta maaf.  aku perlu meluahkan sebab aku penat pendam sorang sorang.

ia berkaitan cinta aku yang lepas dan sekarang.  jujur kata aku tak menyesal dengan pilihan aku sendiri.

cinta yang lepas bertahan tiga tahun.  cinta masa budak budak mungkin.  tapi boleh kekal lama.  sebab cinta tu buta.  haha.  cinta yang sekarang pulak hampir mencecah tiga tahun.  dan kami masih cuba mempertahankan.  mempertahankan lebih susah dari mendapatkan.  setuju?

yang dulu dengan sekarang beza bagai langit dengan bumi.  beza dari segi umur.  sikap.  tutur kata.  cara layanan pada aku.  tahap kesabaran.  bukan aku nak kata yang dulu tu jahat.  tapi tak memenuhi ciri ciri lelaki untuk masa depan.  maaf.

aku tak faham kenapa ramai orang berpihak pada dia.  suka kat dia.  terhegeh hegeh suruh aku balik semula pada dia.  puji dia melangit.  itu ini bla bla.  sebab dorang nampak luaran je kot.  hati dia?  aku yang kenal.  aku nilai dia selama 3 tahun sampai aku jumpa orang yang betul betul sempurna kat mata aku ni. 

dan aku buat perbandingan.  aku tanya hati.  hati aku pilih dia yang sekarang.  tak terdetik langsung untuk kembali pada yang dulu.  

mungkin kalau suruh keluarga buat pilihan untuk aku, dorang akan pilih yang dulu.  sebab?  dia dah bekerja.  dah ada kereta sendiri.  puih.  tak menjamin pun kalau dia tak boleh nak membimbing aku.

yang sekarang.  mungkin dia kurang mesra dengan keluarga aku.  tak tahu macam mana nak ambil hati keluarga aku.  sebab dia pemalu.  tak reti mulakan perbualan.  sebab hubungan ni masih terlalu awal.  mungkin lama kelamaan dia pandai biasakan diri.  insyaallah.

aku hanya boleh pekakkan telinga dan diamkan diri bila dorang start tanya itu ini pasal yang dulu tu.  keputusan aku kat tangan aku kan.  dah takde sekelumit sayang pun pada dia yang dulu.  

hati aku satu.  aku dah serahkan pada orang yang betul betul aku sayang dan aku percaya dia masa depan aku.

berhenti memaksa aku.  penat dah dengan semua ni.  cerita dah berlalu 4 tahun lepas pun nak kecoh kecoh lagi ka?  malas pk.  baik aku fikir nama untuk anak anak aku nanti.  wakaka.

tata



terima kasih. sila baca lagi -_-

14 comments:

Anonymous said...

kembang kecut sidiq baca entri ni nnt. haha

Hafizin Jamil said...

sampai masa tahu la dengan sape..eheh

teha said...

kalu dh jodoh , xkemana jugak.. hehe

Emancipated Pt Ltd. said...

@ Ahmad Taufik :
haha.
kalau tidak?

Emancipated Pt Ltd. said...

@H.J :
ehe. tak sabar menunggu dgn siapa. keke

Emancipated Pt Ltd. said...

@ teha :
berserah pada jodoh. :)

Anonymous said...

btol3.....terpulg pd kite...xde sp layk tentukn idup kite..even de yg xske pon biarkn je..jgn mudh mgalh...mse dpn kite bukn org len...

kura said...

wah. luahan perasaaaan ni. heheh.

Emancipated Pt Ltd. said...

@MUHAMMAD GHAUS :
yes totally agree kawan! :)

Emancipated Pt Ltd. said...

@ kura :
shut up! ;p

Anonymous said...

...............
nak ckp ape ek....
..............
jantung berdegup2 kencang..

Emancipated Pt Ltd. said...

@msat :
awatnya berdegup degup kencang?

Anonymous said...

tah..ramai sgt soh blk kt dia ke..

Emancipated Pt Ltd. said...

entahlah..
takkan sesekali pon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia