Monday, July 4, 2011

keistimewaan bulan syaaban.


assalamualaikum.

bulan rejab dah pun habis.  sekejap je dah bulan syaaban.  pastu ramadhan.  then raya.  horey.!  baru semalam beli kain untuk buat baju raya.  keke.  biasanya dah beli awal.  tah nape taon ni cam tak excited pon nak raya.  beli pun 3 pasang jek.  cukuplah kan.  boleh pakai yang lama.  -_-


mari sini.  ustazah farah izwani nak terangkan keistimewaan bulan syaaban pada anak anak semua.  dengar ye. hik. :)


setiap bulan islam tu ada keistimewaannya.  sebelum ni aku ada buat pasal kelebihan bulan rejab.  kali ni nak buat pasal bulan syaaban pulak.


Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.


ni anak aku.  solehah nya.  -_-


  • Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya 
  • Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). 



    • Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani). 
    • Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat
    • Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

     Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

      


    • Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.



    amin.  semoga menjadikan kita insan yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.  ambillah pelbagai fadhilat dari bulan syaaban ni.  kalau berkemampuan, puasalah.  buatlah banyak ibadat.  buat banyak kebajikan.  :)



      terima kasih. sila baca lagi -_-

      6 comments:

      mykhalis said...

      nice share dik

      ILA HonEyBuNNy said...

      jom manfaatkan bulan syaaban...;_0

      myhatiku said...

      mekasih dear for info..:)
      ade gaya ustazah..hee:D

      Emancipated Pt Ltd. said...

      @mykhalis :
      sekadar berkongsi.:)

      Emancipated Pt Ltd. said...

      @honey bunny :
      marilah kita. :)

      Emancipated Pt Ltd. said...

      @myhatiku :
      ade ea?
      nak daftar masuk ustazah pilihan ni. hihik

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
       
      copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia