Tuesday, June 28, 2011

bahasa sms yang memeningkan kepala hotak haku.


assalamualaikum

hari ni baru 28hb ea.  tak sabar nak 30hb.  sebab ?  duit masyuk.  kehkeh.

ok nak cerita pasal bahasa sms yang menggelikan bulu ketiak dan semua bulu bulu binatang seantero dunia abad ini.




macam macam pesen kan bahasa penulisan sekarang?  kadang tu sampai pening kita nak baca betol ?  biasa yang buat gini budak budak baru nak up.  konon konon kalau eja gitu gaya kira up to date lah kan.

contoh pertama :  ada pulak huruf  'W' kat setiap perkataan
contoh ayat :  ' hai, tengah buat apew tuw ? '
                         ' sayew sukew bacew belog awak taw '
                                
untuk ape ek tambah tambah huruf w tu.  pening kepala hotak baca kan.  mungkin bertujuan nak jadikan semua pembaca bermuncung seperti angelina jolie?  mungkin untuk nampak seksi pabila dibaca.  haha.  




contoh kedua  :  huruf 'T' digantikan dengan huruf 'D' lah pulak.
contoh perkataan  :  penad
                                    takod
                                    sangad



ni bahasa melayu dapat 9 ke masa spm ?  pandai pandai tukar ejaan tu pulak.  ce tengok kamus dewan bahasa dan pustaka ye adik adik.  nam belas ratus kali pun carik perkataan ni takkan jumpa.  haha.  penad, takot, sangad sampai tenad aku baca. haha.


contoh ketiga : terlalu shotfom sampai tak paham
contoh perkataan  :  nt tlg bw kn bj kle iju t tw.  


hahaha.  paham tak ?  meh aku long hand kan.  nanti tolong bawakan baju kaler hijau tu tau.

memang lah kalau sms kalau boleh guna perkataan paling shotpom sekali kan.  tapi kalau sampai orang tak paham, baik tak payah kan.  

kat belog pun gitu jugak.  kalau boleh gunalah bahasa yang senang orang paham.  eja penuh pun takpe.  takpayah pening pening orang nak bacakan.  orang pun suka baca entry kita. :)

maaf kalau ada yang terasa.  peace.

mesti ada orang kata aku bajet bagus.  haha.  ada aku kesah nok. lalalala.

:)


terima kasih. sila baca lagi -_-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia