Saturday, April 2, 2011

kesilapan yang lalu


ye.  pengalaman banyak mengajar aku erti hidup.  suka duka dalam kehidupan.  pahit manis.  semua pernah aku lalui.  pengalaman berkawan.  pelbagai jenis kawan.  pengalaman bercinta.  pelbagai jenis bofriend.  ok aku tipu.  aku tak hot nak punya bofriend ramai-ramai.  haha.  memang banyak yang aku pelajari.  ia juga mematangkan aku yang baru berumur 20tahun ini.  masih muda bukan?  kuikui.  

sememangnya kesilapan lalu itu aku amat menyesal.  menyesal dengan perbuatan aku.  memang aku tak patut buat macam tu.  dan sekarang aku kehilangan seorang kawan.  ya.  sangat sedih.  kalau lah waktu boleh diputarkan.  takkan aku buat benda-benda yang aku rasa bodoh itu.  kalaulah.  tapi semuanya dah terjadi pun kan.  aku cuba memperbaiki hubungan.  tapi mungkin susah untuk kau maafkan aku.  aku tak salahkan kau 100%.  mungkin hati kau terlalu sakit untuk memaafkan aku.  mungkin kalau aku kat tempat kau pun, aku akan buat macam tu jugak.  sekarang aku tengok kau bahagia dengan kawan baru kau.  cemburu.  memang selalu terdetik kat hati ni.  dulu kau dengan aku.  bergelak tawa, berpeluk, bergurau senda dengan aku.  tapi sekarang semua tu bukan hak aku lagi.  aku terima.  mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian ni kan.  aku doakan yang baik-baik je untuk kau.  aku rindukan saat dulu.  sangat rindu.  hope miracles happen. ;)





terima kasih. sila baca lagi -_-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia