Wednesday, March 30, 2011

memasak juga memerlukan keberanian ;)

assalamualaikum semua. ;)

tiada idea untuk menulis.  tetapi jari jemariku terasa ingin menaip.  walaupun tidaklah selaju mana aku menaip, tetapi aku menaip tidak melihat keyboard. (wah, berlagak).  haha.  pasti ramai yang mengutuk.  kihkih.  kutuk lah.  ada aku kesah? 

based on title.  memasak?  ok, sebenarnya aku bukanlah wanita yang pandai memasak.  haruslah tidak layak untuk bergelar seorang isteri.  kehkeh.  tapi masih belum terlambat kan untuk aku belajar.  tidak mempunyai keberanian?  ye, memang betul.  kalau kat rumah memang jarang lah aku ke dapur memasak untuk seisi keluarga aku yang tersayang kan.  kang aku masak, tak sedap, termasin lah, tertawar lah, kurang itu, kurang ini.  pastu takde sape nak makan.  nanti aku sendiri yang kecik ati.  haha. 

lain pulak bila aku dah duduk rumah sewa ni.  housemate aku semua rajin memasak.  aku yang tak pandai masak, kadang-kadang rasa kecil sangat diri.  memang aku kecil pun.  apa kadang-kadang lak.  kihkih.  memang suspek respek ah dorang ni.  pandainye memasak.  dah boleh kawen dah.  aku masih tak boleh.  dorang bukan setakat masak bujang, masak yang macam untuk family tu.  bagi aku dorang hebat lah.  sebab aku tak pandai.  tapi sikit2 aku belajar dari dorang.  selalu tengok dorang masak, selalu tolong jugak.  mana-mana yang aku mampu.  pastu nanti aku tanyelah, masuk apa, letak apa, bawang bape bijik, cili, kunyit, garam pe semua tu.  

keinginan untuk memasak tu memang ada.  tapi keberanian tu belum ada kot.  bila aku tanya shida / sue, macam mana nak pandai masak ek?  macam mana nak agak bahan-bahan semua?  and jawapan dorang same.  letak jek agak-agak.  mula-mula memang tak dapat agak.  bila dah lama masak, kita akan tahu apa yang kurang, ape yang lebih.  "nak masukkan apa dalam masakan kita tu"?  dan jawapan nya, "masukkan je apa-apa yang kau rasa nak masuk.  apa-apa yang ada kat dapur tu masuklah.  "ok, tong gas, sudu, mangkuk, pinggan boleh masuk?"  hahaha.  "bawang kecik, bawang putih, cili tu memang orang selalu guna dalam masakan."  oh macam tu.  aku ada gak cuba-cuba.  ok nampaknya jadi. ;)  dan aku akan terus mencuba.  yang selalu support aku tu terima kasih ye.

tapi keberanian nak masak untuk orang lain makan aku belum berani.  kang tak sedap kang.  aku kena masak bila takde orang tengok.  so aku boleh suka hati nak masukkan apa-apa tanpa orang komen.  hmm agak pantang lah aku bila aku willing buat kerja, orang komplen lah.  itu tak kena lah, ini tak kenalah.  kenapa itulah, kenapa inilah.  hadoi yai, takpayahlah.  aku tak suka.  tak suka diarah.  aku pandai buat sendiri.  aku tahu kerja aku.  bila aku diarah, aku akan jadik tak ikhlas buat kerja lantas muka akan masam mempelam dan out of mood.  pelik?  memang, perangai aku agak pelik.  so?  tong.  kuikuikui.

takpelah, lepas ni aku sambung degree amik kelas memasak lah.  ada ke?  hihik.  ha, cite pasal u ni.  aku baru jek isi permohonan upu untuk further stydy.  harapan itu tinggi sehingga ke puncak awan.  hik.  no pin dah lama beli, tapi baru nak buat sebab dah nak tarikh tutup.  4hb april tutup permohonan.  nak kena setelkan dokumen-dokumen yang nak kena hantar lagik.  tutup 11hb suhana kata.  so masih sempat untuk aku balik rumah dan mensetelkan mende alah ni semua.  5hb muet.  oh.  bagaimanakah?

ok.  lari sikit dari topik sebenar.  haha.  bagi seorang wanita yang ingin berkahwin macam aku ni, harus ke wajib ek belajar masak?  harus jek.  tak wajib.  sebab tugas wajib isteri adalah melayan suaminya jek.  haha.  so sang suami lah kena ke dapur memasak untuk isteri kesayangan dia kan?  eh, boleh ke macam tu?  jangan lah macam tu.  pemalas no pulak.  ada kau kena talak nanti.  nak?  meraung takdo guno nanti.  kehkeh. 

lastly, pesanan untuk kaum hawa.  hargai diri.  belajar lah memasak.  kerana ia akan menjamin masa depan anda.  apo bondo mengarot.  wakakaka.  lantak lah.  aku suka.  korang tak suka?  tak paksa.  wee~  pesanan untuk kaum jantang.  hargai kaum wanita.  peace no war.  =D

hehehe.  takde motip pon letak gambar ni. ;p


terima kasih. sila baca lagi -_-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia