Saturday, April 2, 2011

class trip. kolumpo oh kolumpo !

tengok title entry ni.  dah macam orang jakon yang tak pernah g kolumpo kan?  macam orang kampung yang masuk bando kolumpo ni.  heboh betol.  haha.  inilah gelagat budak-budak kelas DSK4S1.  

28.3.2011.  tarikh yang dipilih oleh ketua kami.  dia lah yang menentukan tempat, yang arrange semua, yang buat proposal.  semuanya dia.  kami hanya mengikut arahan dan sama sekali tidak boleh membantah akibat ketua kami yang agak tegas itu.  hihik.  akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sangat itu pun tiba.

malam sebelum trip tu, masing-masing tidur lewat.  mungkin disebabkan terlalu excited barangkali.  grr.  maka pagi itu pun, semuanya terlewat bangun.  dan terlewat juga sampai di bas.  ketua kata pukul 7.30 dah kena ada kat bas.  tapi pukul8 baru kami tiba.  hik.  lewat meh.  semuanya dah tunggu.  terjadinya krisis sedikit sewaktu itu.  hiraukan.  semua itu mematangkan aku. ;)  masuk bas, cari tempat duduk, terus bas jalan.  hebak kan kami?  kuikui.  perjalanan dimulakan.

nana iliyanah willing dok sebelah aku. ;) aku nampak besar. hakikatnya tidak. kepala saje besar. kuikui.

kasihan deh loh. tak sihat pulak time2 camni kan.

ok.  perjalanan dari politeknik port dickson ke kolumpo ni mengambil masa kira-kira sejam lebih sikit je.  takde mase pon nak tido ok.  ;)  tempat pertama yang dituju adalah muzium kesenian islam.

aku yang kecil dibiarkan di belakang. dah tak nampak.

SUPER SENIOR ;)

kemudian kami diberikan kepada dua kumpulan.  kumpulan kami diketuai oleh abang ape tah nama nya.  heboh semua market diri.  haha.  nasib abang tu sporting kan.  layankan jek kepala korang.  kat muzium ni, semua kat rumah kau ada kan?  mari tukar rumah kau jadi muzium.  kuikui.

mendengar penerangan dan menerima arahan. eh. betol? tapi aku buat apa tu? haha

dunia ini aku yang punye. kuikui ;)

awak sihat lagi time ni. ;)

macam-macam ada kat muzium ni.  koleksi replika masjid dari banyak negara.  sumpah terpegun tengok design nye.  sangat seni.  bermacam jenis al-quran dari yang paling kecil ke paling besar.  barang-barang antik.  pakaian dulu kala.  tombak.  pedang.  duit syiling.  rantai.  eh, macam-macam lah.  kalau nak tawu, pergi sendiri. buatlah proposal kalau nak free.  kehkeh.  

eh. eh. hihik. ;) gedik

baju dulu kala. sejarahnya aku tak engat. haha

sangat seni.

SUPER SENIOR lagi. baru cukup 7orang. ;)
abang tu kata, ni ayat al-quran 30juzuk. hebat bukan.
last capture di muzium kesenian islam ini. selamat tinggal. ;)

destinasi seterusnya pula.  pusat sains negara.  yihaaa.  menuju ke bas poli yang tak bape nak cantik itu.  bertolak ke pusat sains negara pulak.  yeah! ;)  macam kanak-kanak baru dapat aiskrim. kihkih.

kebajetan kecomelan ;)

kuat lagi. lagi. lagi. haha

kejakunan terserlah. ;p

pelbagai ilmu yang dipelajari. yeke?

hidup berwarna-warni. seronok bukan?

semakin laju kayuhan, semakin terang lampu yang menyala. ;)

cermin yang menampakkan kami gemok pendek. pendek tu betol lah. tapi gemok mesti lah tidak. hihik.
lepas ni pulak, masuk ke dunia dinasour.  betul ke aku eja dinasour tu?  lantak lah.  haha.  dinasour yang sangat besar.  nampak real lah.  sekali dinasour bersuara, sangat lah takut.  ada satu tempat tu, tempat khas untukdinasour sahaja.  replika dinasour.  masuk-masuk jek, dengar suara yang menakutkan.  sangat takut.  suara dinasour.  betul-betul macam dinasour tu idop wa cakap lu.   betol.  wa tak tipu.  bepeluk2 masing-masing.  ada yang dah masuk, pastu keluar balek.  ada yang sampai nak nanges.  padahal dinasour tu tak idop pon.  tak bergerak langsong.  suara dia jek yang buat dia macam hidup.  grrr.  meremang-remang bulu roma.  pentakot betol semua. haha.. layan.

ha, takot ta? takot ta? time ni beliau tengah mengeluarkan suaranye. haha. kalau kena telan ashane?

semua dah penat. dah bosan.

masa untuk ke destinasi seterusnya pulak.

photoshoot liyana jasmay. 
ha, cerita pasal liyana jasmay.  tak sia-sia g kolumpo.  dapat jumpe ertis.  liyana jasmay tu.  haha.  geli.  gila berlagak muka kau.  kurus macam lidi.  bontot mana bontot?  hahaha.  peha sama gan betis.  tu yang kau banggakan?  pakai skirt pendek.  eh, over pulak aku.  

lepas ni pergi alamanda, putrajaya. ;)  makan semata-mata.  tiada sesi fotografi.  masing-masing dah penat.  tak de mud nak bergamba-gamba.  ok dah penat.  tu jek lah.  tata.  

panjang pulak entry kali ni.  bosan kan. ;)



terima kasih. sila baca lagi -_-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia