Tuesday, March 8, 2011

bila lelaki menangis


"hu..hu..hu...!!" Milah menangis sewaktu menonton filem hindustan kegemarannya.

"Hish awak ni, takkan tengok cerita hindustan pun nak menangis.." tegur Azhar suami Milah.

"Sedih tu bang.. sob..sob..sob.." jawab Milah teresak-esak.

"Ala.. itukan cerita aja, bukannya betul pun." kata Azhar lagi.

"Abang mana tau, orang lelaki ni mana ada perasaan.. hu hu hu.." balas Milah pula.

"Ada pulak dia kata lelaki tak ada perasaan.. tapi kalau setakat tengok cerita hindustan ni tak payah lah membazir air mata.." jawab Azhar.

"Abang tak sedih ke.. tengoklah tu, elok-elok bercinta.. ada pulak yang mendengki.. isk..isk.." kata Milah

"Alah.. kan ada jurukamera, pengarah, jurulampu la dekat belakang kamera tu.." jawab Azhar

"Alah..orang lelaki memang tak ada perasaan..lah!" Milah menjadi marah.

"Kalau betul lelaki ada perasaan.. beritahu saya bile masanya abang menangis..?" cabar Milah lagi.

"Baik.. nanti abang list kan..." Azhar menyahut cabaran Milah.

Keesokan harinya...


"Ha.. bang mana listnya..? tanya Milah pada suaminya.

"Ada.. ni ha.." kata Azhar sambil menghulurkan sehelai kertas.

Milah membaca senarai tersebut.....

Pembuka kata... Sayang, kalau sayang hendak tahu bila abang bersedih atau menangis, sila baca seterusnya...


Abang akan menangis kalau...

1-Bila pagi, abang tanya.. 'mana sarapannya sayang?' sayang jawab.. 'abang sarapan kat gerai Pak Teh jelah'

2-Bila abang kata..'sayang, abang pergi kerja ya..' sayang jawab.. 'ha.. tu pergi kerja elok-elok, mata tu jangan asyik tengok pompuan lain pulak..'

3-Bila anak-anak buat nakal, sayang kata.. 'ha, ni semua nak ikut perangai ayah korang lah ni..'

4-Bila abang kata abang dah habis duit.. sayang tanya 'mana pergi semua duit gaji abang, abang pergi main pompuan ya..?' kan sayang tahu semua duit gaji abang dah bagi kat sayang.

5-Bila abang kena menunggu lebih sejam untuk sayang bersiap, sedangkan kita cuma nak pergi kedai depan rumah tu aja.

6-Bila abang kena menunggu lebih dua jam, untuk sayang memilih tudung sewaktu di kedai baju.

7-Bila abang demam.. sayang kata.. 'tu nak mengada-ngada lah tu..'

8-Bila abang ajak balik rumah mak abang, sayang kata..'kan baru hari tu kita dah balik..' sedangkan kali terakhir kita balik rumah mak abang tu, tiga tahun yang lepas.

9-Bila kereta kelisa kita tu rosak, sayang kata. 'itulah abang, tak pandai jaga kereta.'.. sedangkan kereta kelisa tu sayang yang bawak.

10-Bila sayang berborak dengan adikberadik dan mak ayah sayang.. tak ada cerita yang baik tentang abang.

11-Bila sayang demam sayang suruh abang ambik cuti, tapi bila jiran tanya kenapa abang bercuti sayang jawab..'memang laki saya tu pemalas sikit Kak Jah.."

12-Dulu masa anak kita masih baby, sayang suruh abang bangun malam buat susu. Itu abang tak kisah, tapi bila baby kita nak susu mama dia pun sayang suruh abang bangun dan tunggu sampai selesai.

13-Bila sayang dah seronok tengok TV.. makan malam abang cuma biskut kering cecah teh 'o'.

14-Dan yang paling sedih.. bila sayang mintak 'tut' anytime abang ok jer tapi bila abang yang mintak ....... sayang selalu tak bagi...huk huk huk!!

Sayang, itu sebabnya abang tak menangis bila tengok cerita hindustan sebab, kesedihan abang dah banyak sayang habiskan. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi abang rasa memadailah setakat ini ya..

Milah... menung.
terima kasih. sila baca lagi -_-

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sedihnyer..slalu ckp pade jaki..huu;(

Emancipated Pt Ltd. said...

hehehhe.

sedih kan?

lelaki ni pendam je.

sangat penyabar.

so hargai mereka.;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia