Tuesday, March 8, 2011

lelaki dan menangis


Adakah lelaki tak boleh menangis? Jika YA, bagi saya 10 sebab kenapa lelaki tak boleh menangis? Lumrah manusia, kita menangis untuk menzahirkan perasaan kita bila terlalu sedih atau terlalu gembira, terharu, kecewa dan sebagainya. Masa kita kecil-kecil dulu, selalu mak ayah kita cakap, “lelaki tak boleh menangis, malulah kalau orang tengok.” Kata-kata itu sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran lelaki untuk tak menangis dan mereka lebih rela menangis di dalam hati.

Bila lelaki menangis, orang akan cop mereka sebagai lembik, tak sejati, pondan dan tak macho. Jadi walau sesedih mana pun lelaki, mereka akan berusaha mengawal air mata daripada tumpah. Mungkin masyarakat menganggap lelaki sebagai ego dan keras hati. Tapi betul ke? Cuba kita tanya balik, kenapa lelaki jadi macam tu. Bukan ke tanggapan masyarakat sendiri yang ‘mengeraskan’ hati lelaki untuk menangis?

Berdasarkan satu kajian daripada Penn State University, Amerika Syarikat air mata lelaki kini lebih diterima berbanding perempuan. Kajian ke atas 284 orang itu mendapati, tangisan lelaki lebih dilihat positif kerana mencerminkan kejujuran sedangkan tangisan perempuan pula dilihat sebagai hilang kawalan. Kenapa tangisan lelaki dikatakan jujur? Ini kerana, lelaki sejati hanya menangis dalam situasi yang benar-benar menyentuh hati mereka.

Kesimpulannya, sesiapapun boleh menangis untuk menzahirkan perasaan yang terbuku dalam hati. Tiada salahnya untuk lelaki menangis. Tetapi biarlah tangisan itu kena pada tempat dan masanya dan apa yang penting tangisan itu tidaklah keterlaluan. Nanti orang cakap kau over pulak. Hehe.


wahai sang lelaki, bilakah kali terakhir korang menangis?




terima kasih. sila baca lagi -_-

3 comments:

muhammadsiddiq said...

bilakah saya menangis??hhaha

Heidi Shafiq said...

aku menangis setiap kali nk mintak ampun kat mama n ayah..

FARAH IZWANI RAMLI said...

siddiq : haha

HS : aku teruja kau komen belog aku. HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia