Friday, August 10, 2012

welcome to the world baby.

assalamualaikum.

hai hai hai.  gembiranya di hati.  kini telah menjadi ibu. eh eh. bukan ibu kandung. ibu saudara kepada anak buah yang baru lahir.

anak buah sulung selamat dilahirkan 8.8.2012 jam 2.45 petang di hospital segamat.

anak abang yang pertama. cucu pertama abah dengan umi.  anak buah pertama kami adik beradik.  dan of course akan jadik cucu kesayangan sebab belum ada persaingan lagi. keke.

semua orang excited tunggu baby ni lahir.  semua orang cemas, takut, tak sabar, gembira.  eh macam macam perasaan lah.  yang paling lah takut ialah abang aku sendiri. hihik.  sweet je bile tengok dia.  tak sangka dah jadik bapak dah abang aku ni.

here the baby.  belum ada nama lagi.  wuwuuu.

 baby asyik tidur je. dia cuba mencelikkan mata. sikit je pastu dia pejam balik.  umi kata dia segan. biasa kat dalam perut gelap je.  ni apesal silau je. eekeke.

the baby boy. rezeki bulan ramadhan. so kite letak nama dia muhammad puasa. kihkih.

budak tu baru keluar beberapa jam, dah kena buli dengan gua. haha. geram tengok dia asyik tidur je. ha amek kau besar mulut. kiki. 

yeayyy. abah dah jadik atok. tok abah. eh macam dalam cite boboy boy pulak. hehee.
abah kemain suka lagi. mane taknya, cucu sulung kann.

ini tok umi. umi lagilah excited. malam tu abang mesej kata akak dah masuk hospital. umi cecepat ajak abah pergi hospital. last last kena tunggu lama kat hospital tu. wuuu

 this is errrrr errr. masih memikirkan apa nama yang sesuai nak suruh anak buah panggil. suggestion? saya anak ke empat. heee.
yang belakang tu kakak ipar kite. kesian dia masih sakit lagi.

wajah keserabaian. sebab? aku bangun tidur, umi terus kata nak pergi hospital ni. cis. dia dengan abah dah siap. aku? mandi pun tidak lagi. ape lagi bingkas bangun, mandi laju laju. capai je baju apa yang ada, tudung paling senang tak payah gosok then teros sarung je. sampai lupa pakai kerongsang. inilah hasilnya. wajah pucat di bulan ramadhan. lantak. 

nak kejarkan waktu melawat sebenarnya. sampai je hospital, kakak ipar dah masuk dewan bersalin. dari pukul 1 tunggu, pukul 5 baru dapat tengok baby. 

tapi alhamdulillah syukur sangat.  baby sihat, cukup fizikal.  cuma kena sakit kuning sikit. sekarang dah baik dah. 


bayuz kini dah jadik papa. tiga kepala kena bayar zakat tahun ni. hihi. tahniah bayuz dengan kak nun. selamat jadi papa dan mama. :D


dah rindu baby. hihik. esok nak pergi colek dia kat rumah kakak ipar. kiki.

bai. wasalam. :)
 


terima kasih. sila baca lagi -_-

3 comments:

faa.rosli said...

biase org phg anak ke-4 pgil mokteh..

hihhi

mokteh ooo mokteh!

faa.rosli said...

biase org phg anak ke-4 pgil mokteh..

hihhi

mokteh ooo mokteh!

faa.rosli said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia