Friday, February 3, 2012

menggenggam segulung ijazah


assalamualaikum.

perjalanan hidup aku tak selalunya indah.  banyak kali kecewa.  kadang kadang aku rasa give up.  tapi selalu je orang tersayang, abah umi-kawankawan-temanlelaki bagi semangat supaya jangan putus asa.

lepas spm. aku apply matriks.  dukacita.  buat rayuan.  tak dapat.  apply u.  dukacita jugak. buat rayuan, pun ditolak.   apply politeknik.  tak dapat jugak.  nangis nangis depan umi.  sedih yang teramat.  rasa diri sangatlah bodoh.  buat rayuan, alhamdulillah dapat.  

teruskan belajar kat poli 2 tahun.  bila dah habis, pasang angan angan nak sambung degree.  apply upu.  sekali lagi aku kecewa.  cuba buat rayuan, pun ditolak.  aku give up.  sangat give up sampai fikir taknak lah sambung belajar lagi.  kerja je.  tapi ramai yang bagi semangat.  suruh aku cuba lagi.

kawan kata uitm ada kemasukan mac.  suruh abah beli no pin kat bsn.  macam biasa, dia takkan kata tidak.  walaupun sanggup bersusah, beratur panjang.  salah beli no pin pulak tu.  terbeli untuk pelajar luar kampus sedangkan aku nak sepenuh masa.  pergi lagi bsn.  beli lagi.  bukan guna air.  duit.  ye.  terima kasih sangat abah.

kali ni aku tak terlalu mengharap.  sangat tidak mengharap sampai kawan cakap result uitm keluar 2februari tau ara.  aku buat tak endah.  hehe.  

2februari.  semalam.  sampai tempat keje, terus nak cek result tu.  belum bukak.  kena tunggu pukul5 petang.  sabar lah tunggu.  walaupun tak mengharap, tapi hati dupdapdupdap sampai tak lalu makan.

pukul5 lebih teros cek, macam tak percaya.  nampak perkataan TAHNIAH tu dulu.  sebelum ni asyik DUKACITA jek.  dah gigil tangan ni.  dah rasa macam nak melompat.  terus capat telefon, kol abah. tak angkat pulak.  kol umi.  terus jerit jerit.  umi pun jerit gak.  berkat doa umi setiap hari.  alhamdulillah.




teringat masa kecik kecik dulu, bila tulis biodata mesti ada tulis IMPIAN kan?  impian yang aku selalu tulis, ingin menjejakkan kaki ke menara gading dan menggenggam segulung ijazah.  hehe.  budak budak. 

dan impian tu bakal tercapai.  insyaAllah.  walaupun belum genggam lagi, tapi aku bakal berlari untuk mendapatkannya.  bagi kat umi dengan abah.  ni je lah satu satunye cara aku nak balas jasa diorang.  belajar bersungguh-sungguh.  InsyaAllah.  azam 2012.  hehe.

terima kasih kawan kawan yang selalu bagi semangat kat aku.  terima kasih yang selalu mendokong aku.  untuk sesiapa yang dapat jugak, tahniah ye.  untuk kawan kawan yang belum ada rezeki tu, aku faham perasaan korang.  aku pernah rasa kecewa banyak kali.  tapi ingatlah, Allah uji bersebab.  mesti Dia dah merancangkan yang lebih baik kan?  jangan terus putus asa ok.  masih boleh buat rayuan.  good luck. :)

tak lama lagi dah boleh lah benti keje.  surat benti pun aku dah buat.  oh sungguh.  pasti aku akan rindukan tempat ni.  pasti aku akan rindukan customer customer.   pasti aku rindukan roti telur yang setiap pagi aku makan kat sini.  burger setiap malam.  rindu nak buat invois dan quotation.  rindu adik adik sepupu semua.  rindukan johor bahru.  sobsob.

perjalanan mesti diteruskan.  cayok farah izwani.  yeah.! :)



terima kasih. sila baca lagi -_-

16 comments:

faa.rosli said...

tahniah..faa xdpt..sob sob..nk kne buat rayuan

faa.rosli said...

tahniah..faa xdpt..sob sob..nk kne buat rayuan

Anonymous said...

tahniah...gud luck:)

Almade_Nespesor said...

congrate =) , cayok3 ,

Anonymous said...

tahniah

JannatulmizanBanon said...

tahniahhhhhh ! kite pon nak mohon kos tu jugak kmsukan bulan 9 nanti...hehe

Hafizin Jamil said...

tahniah..teruskan impian

Emancipated Pt Ltd. said...

terima kasih semua. :)
InsyaAllah saya akan buat yang terbaik.
wish me luck ok. :)

hamzah ian said...

tahniah2 .. semoga berjaya apa yang ingin dicapai

ZULHILMI TEMPOYAK said...

InsyaAllah..byk lg cabaran di luar sna...

cuba la.. :)

Lysa said...

banyaknya dugaan masa mula2 tu..tp last2 dapat juga masuk uitm :) mungkin Allah nak beri sis rasa pengalaman bekerja dulu baru belajar :)

syazwani ab said...

tahniah! Ada hikmah disebaliknya :D

ILA HonEyBuNNy said...

sedihh lak baca awal2 entry neh dear...

skrg alhamdulillah...

apa pun kita jangan mudah putus asa dan terus usaha..

nti belajar rajin2 ye dear....;)all the best...

myhatiku said...

Alhamdulillah, i'm happy 4 u dear..
Mcmnie lah,jgn berputus asa..bagus2 :)
Register bile?

Emancipated Pt Ltd. said...

@myhatiku :
3mac daftar yang. :)
tengkiyu.

wawahida idris said...

tahniah dan gud luck :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia