Thursday, August 11, 2011

ckfc, supersenior dan housemate # 2


assalamualaikum

ni adalah entry sambungan daripada entry ni.

entry kali ni khas untuk kawan kawan semua yang sangat aku sayang.




firstly.  untuk nurulhuda.  kita jadi rapat sejak bila ek.  sem 1 lagi kot.  masa sem2 awak sebilik dengan kita.  lagilah kita rapat.  awak memang kawan yang baik.  memang kita tak nafikan.  tapi kita ni bukan lah yang terbaik.


kenangan ni masih segar dalam ingatan :)

masa sem4  kita tak serumah.  awak duduk hostel.  kita jadi renggang sikit.  jadi makin renggang sejak peristiwa tu.  sangat menyesal.  kite mintak maaf ye.  terlanjur kata.  termarah awak tak tentu pasal.  tak fikir panjang sebelum cakap.  lepas kejadian tu kita dah macam musuh.  tak bertegur.  tak bercakap.  tak macam dulu.  sedih sangat.  semua memang salah kita.  maaf ye.  sekarang kita nak cakap, kita sayangkan awak sangat sangat.  jaga diri baik baik ye.  :)




keduanya untuk ain.  aku rapat dengan kau sem1 lagi masa minggu msk.  kau panggil aku bile tengok aku sorang sorang takde kawan.  hehe.  terima kasih.  tak dinafikan kau antara kawan yang paling aku sayang.  sem2 kau duduk luar.  kita dah tak rapat sangat.  tapi tetap bersama.



kadang kadang aku terasa dengan kau.  ingat tak ada 1 hari tu kita gadoh agak besar jugaklah.  sebab kau tak duduk dengan aku masa nak pergi kolumpo.  kau terasa dengan post aku kat twitter.  sampai nak putus kawan.  aku sedih.  bila masing masing luahkan perasaan kat im, semua jadi jernih balik.  kelakar gak bile pk balik.  fikiran tak matang.  haha.  terima kasih selalu dengar luahan hati aku.  pinjamkan bahu untuk aku menangis.  tolong aku saat aku susah takde duit.  aku sayang kau sangat.




untuk adrinni.  awak comel.  masa minggu msk lagi kita suke tengok awak.  tapi muka awak kerek gila.  pastu kita jadik tak suke.  kehkeh.  tanpa sedar kita pun jadi rapat.  awak ketua kelas.  hehe.  suka bila kau bukak cerita yang bukan bukan.  cerita mengarut.  masa praktikal kot kita jadi rapat.  setiap hari kat office mesti kita im.  berbalas komen.  tak cukup dengan tu, selalu pulak mesej.  walaupun jauh, tapi rasa dekat sangat dengan awak masa tu.




ingat tak kita buat keje gile pergi rumah murni.  kenangan tu indah sangat kan ?    masa pertengahan sem4 aku perasan kita jadi jauh.  macam ada jurang pemisah antara kita.  mungkin aku buat salah.  aku pun tak sedar.  terasa tu memang sangat2 terasa.  iyelah.  awak macam taknak kawan dengan kita dah.  awak taknak cerita apa2 dekat kita dah.  awak taknak dah jalan dengan kita.  awak taknak dah duduk sebelah kita kat dalam kelas.  hehe.  mungkin tu perasaan kita je kot.  kita kan shy personality.  kehkeh.  yang  kite boleh cakap sekarang kita sangat rindukan awak.  sangat sangat.




tiba masa untuk murni yahaya pulak.  hey kamu comel lah dengan lesung pipit tu.  geram!  hehe.  kita kenal masa sem1.  kau sebilik dengan shida.  kita p kelas sama2.  ikot lorong ada monyet tu.  keke.  macam tu jugak sem2.  korang mesti tunggu aku kalau nak p kelas.  kau orang yang tak berkira.  baik makanan, baju, duit semuanyalah.  aku selalu pinjam beg kau kan?  nak pinjam baju tak muat.  kadang kadang ada gak pinjam.  hehe.



kalau aku ada terrosakkan barangan kau mintak maaf ye murni.  nanti kalau aku ada duit banyak banyak aku gantilah balek.  keke.  kau selalu jadik ibu kat rumah sewa kita.  masak.  basuh baju.  mengemas.  sory kadang kadang tu aku tak tolong.  masakan kau sedap tau.  rindu dah.  rumah kau selalu menjadi pilihan tempat lepak kitorang.  mak kau punye masak sedap.  nanti kite nak datang lagi raya ni.  bolehkan ?  jom kawan kawan serbu rumah murni.  aku sayang kau sangat murni.  tengs selalu text aku cakap rindu semua. :)




hey sahidah yang cantik.  teman sebilik.  sebab murni taknak tidur dengan kita, jadi kita berdua dalam bilik.  tidur lambat itu wajib.  bukak lagu dan nyanyi kuat2.  biar rt marah.  keke.  kita lahir dari tempat yang sama.  felda.  jadi kite lebih memahami satu sama lain.  eceh.  selalu jugak kan aku luahkan apa apa kat kau.  kita menangis sama sama.  tutup pintu bilik.  bercerita.

ha kau masak pun sedap tau macam murni jugak.  bila lagi nak masak untuk kitorang?  hehe.  rindu kau sangat lah kawan.




hai sue strella.  dulu kita tak kawan kan?  haha.  kite sombong dengan awak ke awak yang sombong dengan kite ek masa sem1 dengan sem2.  keke.  tapi masa sem4 kita serumah.  masa mula2 tu awak tak tego pon kite.  ha awaklah yang sombong.  keke.  lepas tu kita jadik rapat.  aku selesa kongsi masalah dengan kau.  luahkan hati dengan kau.  nanti kau bagi aku semangat.  aku jadi kuat.  yeah!  time orang taknak kawan dengan aku, kau setia dengan aku.  hihik.  terima kasih sue.  rindu kau sangat.  walaupun kadang kadang kau buat orang annoying dengan pasang lagu kuat kuat time orang nak study.  hahaha.




akhir sekali untuk nana iliyanah.  akhir bukan bermakna awak terakhir dalam hati kita tau na.  hehe.  sem1 lagik kite dah kenal pon.  tapi tak rapat mana.  bila duduk serumah barulah agak rapat.  kite cume nak awak tawu yang awak lagi rendah tau dari kite. cume lengan awak lebih besar dari biasa.   kekeke.  kite selalu guna basikal awak g chairman ke g kedai ke g beli nasi lemak ke.  awak marah tak?  hehe.  baju kurung pun selalu kite pinjam awak.  sebab awak je sesaiz dengan kita.  yang lain tinggi2 belaka.  bila awak pakai baju kite, jadik ketat.  sebab awak gemok.  eh tak tak.  awak taf.  kuikui.




ingat tak masa nak g kolumpo masa dalam bas.  awak nak duduk dengan kita.  lepas tu kita nangis dekat awak.  hehe.  eh mesti nak menangis kan?  gembeng nya kita ni.  tengs na jadik kawan aku time susah dan senang.  rindu kau sangat sangat.  nanti aku belikan vita c selori mainan untuk kau k.  hihik.








untuk kawan kawan semua.  aku nak korang tawu yang aku sangat sayangkan korang.  jom balek pd.  g pantai ke.  ha g ice room jom.  sape nak belanja?  kehkeh.  rindu tak terkata sangat.

aninie kite surik dari fb awak. keke. :)


ni pulak surik kat fb muni. keke. :)

entry ni memang aku buat khas untuk korang sempena puasa ni.  eh lepas ni dah nak raya.  yok raya sama sama nak tak ?  dalam hati memang ada nama korang semua.  walaupun senyap, tak text, tak call tak bermakna kite lupa kan?   bila kita nak hangout sama sama lagi?  p melaka, p seremban.  p pekan pd pong best bile ada korang.  hehe.
















last sekali aku nak mintak maaf dekat korang semua kalau aku ada buat salah.  terkasar bahasa.  termasam muka.  terlanjur perbuatan.  terpinjam itu ini.  terguna barang korang.  tersakit kan hati tanpa sengaja.  dan semua lah yang pernah aku buat kat korang selama kita berkawan.

aku tahu kadang kadang orang annoying gak dengan sikap aku kan?  mudy tak tentu pasal.  bangun tido muka masam sampai nana takot nak tego.  kehkeh.  maaf tau.  harap korang dapat maafkan aku.  nanti raya datang rumah ye.  tak pon jom kita p raya sama sama.

salam ramadhan dan selamat menyambut hari raya aidilfitri kawan kawan.  maaf zahir batin ye.  sayang semuanya.

entry ditaip dengan penuh perasaan dengan air mata bertakung di mata.  ikhlas. :)

jaga diri baik baik ye semua.

tata






terima kasih. sila baca lagi -_-

10 comments:

Anonymous said...

ok bnyk pic peace..ak nk peace gak la yooww

ILA HonEyBuNNy said...

wahhahah...

mesti kawan2 farah terharu n tergaru2 kan baca entry neh...

kawan biar seribu kan..;-)

miszvanilla said...

thanks untuk entri ini,harap ade masih ade hari untuk kite jumpe lagi,tak kire la lambat atau cepat,

miss u :)

kenangan tu cume kite je yg rase

♥♥ miracle ara ♥♥ said...

wahh meriahnyee.....

Emancipated Pt Ltd. said...

@sifu im :
haha. yeke?
aku sendiri tak perasan.
peace yo. :)

Emancipated Pt Ltd. said...

@ILA HonEyBuNNy :
terharu ok lagi.
tapayalah tergaru2. kuikui. :)

Emancipated Pt Ltd. said...

@ miszvanilla :
mis you to.
kenangan itu hanya kita yang rasa. :)

Emancipated Pt Ltd. said...

@♥♥ arabella ♥♥ :
maria carey. wakaka

nana iliyanah said...

ini kegemaran. sukaaaa. dak wani! imydm. =)

Emancipated Pt Ltd. said...

imyt gemot2. kkeke. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia