Wednesday, August 10, 2011

ckfc, supersenior dan housemate # 1


assalamualaikum


complete eight. aien, huda, nana, rara, muni, ninie, sue, sidah.

tiba tiba rasa rindu yang sangat nak pergi kelas.  nak bersama kawan kawan especially housemate, supersenior dan ckfc.  nak bergelak ketawa, buat cerita bukan bukan.  sumpah rindu sangat.

2 tahun tu masa yang sangat singkat.  tapi ada macam macam kenangan yang kami cipta.  suka dan duka.  adat dalam berkawan kan.


cik kiah fan club :)

wujudnya ckfc saat sem 1 lagi.  kemana sahaja berenam.  plan pergi itu dan ini.  dalam kepala otak memang fikir nak berjalan jek kan walaupun duit tak bape nak ada.  nasib baik ptptn baik hati.  kehkeh.  tapi retak sekejap saat sem 4 sebab ada konflik sikit.  sekarang dah ok semula. :)




lepas tu barulah wujudnya supersenior.  7 orang ahli sahaja.  orang lain annoying dengan kita kan?  kadang kadang rasa terpinggir dalam kelas.  tapi kita kan tabah.  kuat.  kental.  hidup 7 orang pun best sangat.  pedulikkan semua orang.  kehkeh.





housemate.  hanya 5 orang penghuni no 129 taman politeknik 4.  eh nana iliyanah, betol tak no rumah ni ?  kehkeh.  sebelum ni duduk lorong 6 yang berhantu.  kuikui.

kalau diingat balek, dicerita balek kejadian malam tu mesti gelak sampai pecah perut kan?  ada asap lah.  langsir terselak lah.  orang lalu lalang pun disalahkan ada orang intip kita.  wakaka.




kita bersama pergi kelas.  berbasikal sampai rumah ain dengan ninie.  sebab segan nak bawak basikal pergi poli.  kehkeh.  ain dengan ninie biasanya dah tunggu kitorang depan rumah.  maap ye kadang kadang tu terlambat.  dah masam muke sekejap.  tapi kejap je kan ?  lepas tu menggila balek.  



kalau boleh, tujuh orang sekali nak jalan kat jalan tu.  buat macam jalan tu kita yang punya.  orang yang lalu lalang siaplah kena bahan.  haha.  itulah supersenior.

kadang kadang tu aku kena tinggal.  jalan sorang sorang je kat belakang.  tak dapat dengar cerita korang.  hehe.  sedih jugak.  

sampai pintu pagar mesti ada sistem sport cek matrik kad dengan kasut.  ha yang mengada ngada nak pakai kasut tebukak tu mengelupur lah kan.  ikot lah gate kecik.  hehek.

yang tak pakai kad matrik pulak, kawan kawan kenalah cover line.  hehe.  rindunya saat tu.




bila class cancel atau masa rehat yang panjang tempat lepak yang paling best mestilah kat kantin.  kantin tu dah macam korang punya.  haha.

makanan dah habis.  tapi cerita tak habis habis.  macam dah lama tak jumpa.  ada je benda nak cerita. tengok orang sekeliling ada jek tak kena dengan dorang.  ate kite ni memang perfect kan?  wakaka.

hujung minggu pulak bila bosan ada je plan nya.  pergi pekan semata mata pun boleh.  baden baden bundle tempat membeli belah terbaik.  haha.  pergi pantai jalang kaki.  bukan takde kereta, takot kereta msing2 kotor kan kena pasir pantai.  kuikui.



ini tak tawulah idea siapa kan?  bosan bosan duduk dalam bilik tetiba idea mencurah curah nak pergi melaka pulak.  haha.  terus call kete sewa.  dengan duit yang tak bape nak banyak, redah jek.  ngekngok.



terlalu banyak kenangan dengan korang semua.  ckfc, housemate, supersenior.  padahal orang yang sama jek.    kehkeh. 

banyak sangat sampai tak tertulis.  nanti bosan pulak baca panjang panjang kan?  nasib ada gambar, kalau tak sue strella mesti malas baca.  hehe.




bersambung -> -> -> ->




terima kasih. sila baca lagi -_-

8 comments:

rafillet-o-fish said...

igt ckfc tu mnde rpe nye cik kiah..wakaka..dlu pn pnah gak wt kje gila..plan ngn mmbe wt tour shah alam-->kuantan-->kuala t'ganu-->kota bharu-->cameron-->shah alam dlm mse 4 ari..huhu

myhatiku said...

wah..rapatnye ukhwah..suke tgk :)

ILA HonEyBuNNy said...

semua gambar ceria2 n happy la...

suka ja tengok...hehe..macam2 posing ada...ehhe

FARAH IZWANI RAMLI said...

@ rafillet-o-fish :
ha itu lagi gile. haha

FARAH IZWANI RAMLI said...

@myhatiku :
ukhwah antara kami. :)

FARAH IZWANI RAMLI said...

@ILA HonEyBuNNy :
hehe itulah.
banyak sangat pulak dah.

nana iliyanah said...

heeeee. rasa nak peluk semua orang sekarang =)

FARAH IZWANI RAMLI said...

pelok ketat2. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia