Monday, April 4, 2011

rumah anak-anakku sayang ar-rayyan dan ibuku sayang ar-rayyan.;)

assalamualaikum.

semalam aku ada join aktiviti poli ni.  under jabatan perdagangan.  melawat ke rumah anak-anakku sayang ar-rayyan dan ibuku sayang ar-rayyan.  ha, dah last sem baru nak aktif aku ni.  haha.  saje cari pengalaman.  aku g dengan suestrella.  memang excited lah.  kami pergi untuk menyumbangkan tenaga, menyumbangkan wang dan menyumbangkan suara.  ehe.  tipuk. 

rumah anak-anakku sayang ni untuk anak-anak yatim.  tapi dorang ambil budak lelaki je.  tu pun tak ramai penghuninya.  aku tanya gak nape takde budak perempuan kan.  dorang jawab, leceh jaga budak pompan ni.  kang ada yang mengandung ke hape ke.  leceh ke ek jaga budak pompan ni?  ha, tanya mak bapak korang je lah.  banyak songel.  memang lah susah.  kuikui.  

rumah ibuku sayang ni pulak untuk ibu tunggal.  tapi dia ambek ibu-ibu yang sihat.  yang tak uzur je.  sebab kena uruskan diri sendiri.  takde sape nak jaga dorang ni sebab takde peruntukan untuk tu.  means takde duit lah nak bayo kalau nak upah orang jaga kan.  

sampai-sampai je berkenalan dengan dorang.  pastu breakfast.  bahagikan kumpulan.  ada yang kena sukaneka, ada gak yang kena gotong-royong.  aku kena sukaneka lah.  haha.  memang seronok melayan budak-budak ni.  macam-macam kerenah.  lepas sukaneka, aktiviti beramah mesra pulak dengan penghuni rumah ni.  slide show.  sesi penyampaian hadiah.  nyanyi-nyanyi, joget-joget.  hihik.  pastu makan tengahari.  sesi fotografi yang paling aku suka.  haha.  then salam-salam.  balik.  

baru sampai. ;)

nasib ada geng. haha

adik-adik yang comel.  kesian kan. kecik2 dah yatim. aku sangat bersyukur masih ada umi dan abah. ;)

sukaneka. kakak2 yang lebih2.  kuikui.

tengok lah tu. over siak. ;p

comot. cari gula dalam tepong.;)

tunggu aktiviti last. kat tempat redup sebab terik yang sangat. time ni aku dah selekeh sangat. grr

sesi penyampaian hadiah dan sumbangan kepada penghuni rumah.
semua yang terlibat menjayakan program ini.



terima kasih. sila baca lagi -_-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia