Sunday, April 17, 2011

mintak pos ekspres, diberi nombor telefon


assalamualaikum.

mata dah rasa mengantuk.  tapi macam masih awal je lagi.  incik boyfie sedang menstudykan diri beliau.  rajin sungguh.  exam kan 4bulan lagik.  kikiki.  agak bosan lah kan encik bf tak text saya.  lama lagi ke sayang?  hihik.  gedik.

online sambil berbaring.  sangat pemalas kan anak dara ni.  jangan buat awek.  buat bini teros.  kehkeh.  tiba-tiba teringat satu cerita ni.  ianya terjadi sewaktu study week hari itu.  7april kalau tak silap.  kalau silap, raya nanti kite mintak maaf ye.  hik. 

aku bersama abah umi serta adik kecilku yang besar itu pergi ke pejabat pos di pekan batu anam.  ha.  tak tawu lah tu batu nam kat mana.  takpe2.  yang penting tahu batu2 cukup lah.  tak tawu jugak?  alah yang warna putih tu.  adeh takot pulak.  apa mencarot.  haha.  tujuan pergi pejabat pos tersebut?  mestilah nak pos sesuatu.  takkanlah nak main boling pulak kat pejabat pos.  kelakar.  -..-

aku nak pos semua data-data peribadi kat unibesiti yang aku apply untuk further study nanti.  tarikh tutup 11april.  harap harap sampai lah sebelum waktunya.  ok nak dijadikan cerita, sampai sampai jek aku teros lah beratur tak payah amek nombor pon.  depan aku pokcik yang nak bayor bil kot.  mandai mandai.  tiba giliran aku.  seorang abang kacak lagi nampak kegatalan di mukanya jaga kaunter tu.  "ye nak apa?"  tanya beliau kepadaku.  "nak sampul surat pos ekspres yang besar empat", jawabku dengan senyuman yang manis lagi comel ini.  hik.  "banyaknya sampai empat, tunggu kejap ea."  grr.  takkan takde kot.  dia p melayan mokcik yang beratur belakang aku pulak.  

tunggu punya tunggu adalah dalam 10minit tunggu nak dapatkan sampul pos ekspres tu jek.  susah bebeno gamaknya.  bila dah takde orang, aku p kaunter.  tanya dah ada lom.  abang tu pun pegi amek.  "empat ea?" tanyanya.  "yep, empat".  lantas beliau menghulurkan tangan tanda persahabatan.  ha, mencarot lagik.  kuikui.  dia hulurkan sampul surat tu lah.  dengan mengira menggunakan kalkulator, "16hengget" dia sakap.  itu pon nak pakai kalkulator ke?  congak sudah.  1 sampul 4hengget.  4x4?  tanya adik aku pon dia tawu.  

aku bagi 20hengget.  taknak kira pakai kalkulator gak ke bakinya?  haha.  pastu abang tu pun bagi lah 4 keping sampul pos ekspres.  aku sambut lah kan.  takkan nak suruh makcik aku yang kat perak pulak sambot.  kehkeh.  ok.  aku amek sampul surat tu.  pastu eh soh tunggu kejap pulak.  engat nak bagi ape.  dia bagi kertas yang telah dikoyakkan kecil-kecil yang telah ditulis nombor telefon beliau di atasnya beserta nama dan bagi kepadaku.  aku senyum jek pastu teros letak kat kocek belakang seluar jean aku.  haha.  sapa namanya?  tah aku pon tak dapat baca tulisan dia.  haha.  

pastu aku cite kat abah gan umi.  dorang gelak gelak jek.  tanya adik pulak "dik, akak cantik ea?  sampai abang tu nak ngorat akak lak."  "cantik".  hehe.  budak kecit tak pandai menipu kan?  kehkeh.  apa jadi dengan nombor tu?  tah mana aku letak.  tak terniat langsung walau sekecil semut pon untuk hubungi abang tersebut. haha.  itulah ceritanya.  ;)

pada hari kejadian. ;)


terima kasih. sila baca lagi -_-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia