Tuesday, April 19, 2011

jalan penyelesaian untuk belog aku yang berat ini


assalamualaikum

mulut dah menguap besar bagaikan seekor singa di zoo johor bahru tu sedang kelaparan dan mencari mangsanya.  kehkeh.  tadi keinginan untuk study itu sangat tinggi macam leher zirafah tu.  banyak lah jugak aku belajar hari ni.  akaun.  atas tunjuk ajar sue strella.  belajar bersama si murni yahya.  adalah sejam lebih fahamkan akaun tu.  dah nak dekat final baru nak pahamkan.  puan soh buat latihan, kau taknak buat.  ye kapok lah.  haha.  masa study, mata tengokkan je lappy yang sedang dicas.  dalam kepala otak, nak online, nak online.  hihik.  terok betol.

macam biasa bila online, on fb dulu.  tengok notification and baca status orang, komen komen kalau berkenan pastu tutup.  bukak twitter pulak.  baca tweet orang.  pastu baru bukak ini belog.  lambat jek load.  pink je background.  nak tunggu bunga bunga comel keluar lambat sangat.  

maka aku pun bertanya dengan kawan kawan.  adakah belog aku berat.  huu.  berat.  lambat je nak load.  justeru aku pun mencari jalan penyelesaian nya.  tanya ini orang.  katanya buang je lah kalendar tu.  "tapi kalendar tu comel", kataku.  "kalau taknak buang beratlah", katanya.  huhuk. 

dengan berat hatinya, aku pun remove lah segala menatang comel gadget gadget aku tu.  kalendar kucing rock dah takde dah.  jam puteri comel pun dah takde.  itu orang cakap "buang je jam tu, kan dah ada jam tangan".  kehkeh.  jam tangan pun dah hilang.  macam mana?  haha.  tapi aku pun buang je lah demi belog kesayangan aku ni.  tapi dah buang macam tak effek pon.  b cakap banyak no gambar.  ala famous blogger tu lagi banyak gambar dorang letak.  takkan nak buang gambar gambar pulak.  dah lah nak upload lambat.  senang senang nak buang.  oh tidaklah.  

so pembaca pembaca.  bagaimana?  masih berat lagi ya belog saya ni?  tolong lah bantu.  belog korang tak berat ke?  tapi nasib baiklah belog ni tak berat macam si gajah itu.  kehkeh.  asal semua berkaitan menatang ni.  sebab mereka comel.  hihik.  tata.  

awak kesayangan saya ;)



terima kasih. sila baca lagi -_-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia