Saturday, April 16, 2011

keinginan untuk mandi pantai hari ini tercapai juga

assalamualaikum

huh. sangat lama tidak mengonlinekan diri.  maka belog dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang entry baru.  yelah, 2minggu cuti study week di rumah.  di rumah tiada internet.  tiada berok.  nak berjalan menggunakan kaki comel ini ke cc sangatlah malas.  kat rumah aktiviti harian adalah tidur bagaikan seorang kontraktor yang bekerja seratos nam puluh lapan jam tanpa henti.  kehkeh.  time tade tenet tulah banyak idea yang mencurah-curah ke ladang tebu keluar.  tapi dah takde tenet kan.  macam mana?  macam tu lah.  hihik.  lucu. = - =

final dah dekat sangat-sangat ni.  tapi takde keinsafan untuk study.  macam mana ek na dapatkan mud study itu?  grr.  orang bagi study week 2minggu soh study kat umah.  bila kat uma, fikir macam ni.  "lambat lagi, nanti balek pd sempat lagi nak study".  tapi dah sampai pd apa kau buat?  langsung tak bukak buku.  hehe.  macam mana nak berjaya dengan cemerlang ni?  adeh.  harapkan miracle?  haha.  tak habes-habes miracle kau.  usaha takdok, tawakal je boleh?  mesti lah tak boleh.  hehek.

cerita untuk hari ini.  16april2011.  pagi-pagi lagi terpaksa membulatkan biji mata yang tak bape bulat ni.  memaksa diri untuk bangun walaupun pada malam hari itu aku sukar melelapkan mata.  nyamok dengan enaknya menghisap darah aku.  sedap ke nyamok?  aku memang suka.  hisaplah lagi ye.  hik.  set jam pukul 6 pagi.  tapi jam aku cepat 10minit.  tak guna gak cepatkan kan?  "ah, jam ni cepat 10minit, baru 5,50"  aku bermonolog sendirian lalu menarik selimut dan melelapkan mata sebentar lagi.  jam berbunyi lagi.  aku snooze jek manjang.  haha.  last2 pukul 6.30 jam enset aku means baru 6.20 aku bangun dengan malasnya, ambil tuala lalu menuju ke bilik air, mandi-mandi.  selepas 15minit, keluar, ambil telekong lalu menunaikan solat subuh.  berseap-seap.  pakai tonner, sapu pelempap, krim, bedak, eyeliner, maskara, sedikit blusher dah akhir sekali lip ice sheer colour.  agar bibir nampak lebih menawan.  muahx!  kekeke.  pakai baju kurung baru dan selendang.  ok done!  tunggu kawan-kawan siap.  naik kereta mak suhana lantas bergerak ke sekolah menengah bukit saujana untuk paper muet iaitu listening, writing dan reading hari ini.

hati sangat berdebar-debar.  soalan sangat susah.  english gila advance.  sampai aku tak paham langsung.  grr.  tapi bila dah habis, wes lega lah kan.  tunggu result je.  sure terok.  sebab aku sendiri tak tawu apa yang aku buat.  langsung tak study.  huhuk.  after that, kami decide untuk ke pekan pd.  makan kepsi.  nyumnyum.  then pergi ice room.  woo gila sedap ice cream dia.  sehingga menjilat jari hingga ke pergelangan tangan.  kuikui.  pastu mak suhana nak bawak kitorang pegi pantai pulak.  mestilah nak.  pulak tu hari ni cuaca sangatlah sopan kan.  redup je.  keinginan untuk mandi laut itu sehingga ke puncak eberest!  hik.  "tapi pakai baju kurung ni, camna nak mandi?  tu lah dah soh bawak baju tak mahu".
 
selesai muet. bergambar kenangan di sekolah ini. ;)

ice room. ada orang willing nak amekkan gambar kami. hehe ;) terima kasih.

tropical mix fruit ice cream

strawberry fruit snow ice

oh nikmatnya.  sangat huduh ok.  tengs cda. ;p

membuat mimik muka yang comel. comel kan. ;)

credit to cda. hihik.
di dalam kereta.  nana masih ada time ni.  muahx! sayang semuanya.
dan kami berfikir sebaik mungkin mencari idea yang bernas untuk mencapai impian semua orang.  suhana, shida dan murni.  nana dah balik melaka awal lepas makan kepsi tadi.  kakak dia jemput.  kurang sorang housemate.  kurang meriahnya tau na.  ;)  fikir punya fikir, masing-masing keluarkan idea.  beli baju!  tapi mana na dapat baju murah?  ada bazar.  wajiblah mahal kan baju-bajunya.  sebab baju baru.  ha!  baden-baden bundle!  "cari lah seluar tied dengan tshirt besa.  baru 10 engit modal.  haha.  nak mandi punya pasal kan?  tak fikir panjang dah.  terus pegi bbb tersebut.  terus rentap seluar tied.  cari baju besa sikit.  oh rasanya baju ni besa, panjang.  sesuai dengan tied dan boleh menutupi tuuutttt ni.  kekeke.  ok.  amek.  bayo.  salin baju kat petronas.  baju tak basuh, pakai jek.  tak pk geli dah.  hahaha.

tergelak-gelak dalam toilet yang dimuati 4orang sekali gus untuk salin baju.  haha.  suhana : "tengok lah seluar ni, ketatnya.  dah macam tak pakai apa-apa dah.  nampak kulit.  nampak taik lalat, parut semua".  semua gelak-gelak.  aku pulak pakai tied surelah ketat kan.  ok sarung baju.  mak ai ketat jugak.  "tadi aku tengok baju ni beso dah, ke aku dah membesar".  gelak-gelak lagi.  "sue, nah pakai lah seluar aku", kata si mun.  "kelakar lah, tak payah lah pakai, bak sini lah, seluar aku ni ketat lak. nak try yang tu"  hahaha.  si shida wilek jek lah.  baju, seluar besar semua.  koje golakkan orang ajo lah.  keluar toilet, cik siti dah tunggu.  kena gelak beso2.  masing-masing tah hape-hape jek pakai.  kehkeh.  "pakai ketat-ketat, pastu pakai tudung.  buruk lah weh.  selalu gelakkan orang". haha.  dengan kasut bertutup nye.  memang tak boleh bla la kan.  rasa semua orang perhatikan.  hahaha.  p mam lah sane!   tapi surelah sangat malu.  hihik.  wat dang je lah.  tak sabar nak mandi.  yeah!!

hasil dapatan kami di baden-baden bandle.;) hamek kau itu seluar ketat-ketat. tbsn jap. hik.

menyorok kerana malu.   kuikui.

ha. seronok tauk.  cda ajo terapungkan diri. dah pandai. yeah.;)

yang baring itu aku.  menadah mentari.  kahkah.

TRUE FRIENDSHIP ARE HARD TO FIND, HARDER TO LEAVE AND IMPOSSIBLE TO FORGET.
 
aku sangat sayangkan kawan-kawan aku.  tadi masa writing muet dapat essay tajuk "friendship".  sebak je masa tulis karangan tu.  kepala otak terfikirkan sesuatu yang sangat mengganggu fikiran aku lately ni.  ia adalah berkaitan KAWAN. ;)  tolong jangan ganggu fikiran aku, boleh?  ;)  tengs k.  kekeke.  tata.





terima kasih. sila baca lagi -_-

5 comments:

fikiranterbuka said...

Dua orang yg pakai TUDUNG dgn LEGGING tu amat bodoh, bangang dan bahalol

Asmadi said...

Kau nak pakai legging tu, bukak la tudung tu. Korang ni melucahkan tudung, tau tak?? Bijak pandai sungguh pakai tudung dgn seluar mcm tu

likeshine said...

ade org yg tak suke tgk....anyway i suke tgk...best....nanti upload lagi gmbr yg sumthing like that....

Asmadi said...

Baru gua tau ini blog lucah. kikikiiiii

musafir said...

Friendship are hard to find - Memang pun. Tapi wanita bermaruah lagi susah cari dik oi! Tak malu ke? Aku nak gelakkan ko pun ada, nak marah pun ada. Jangan bodo kan diri. Tuhan bagi kita akal dan perasaan malu supaya kita ni jadi mulia. Kawan ko pakai seluar hitam longgar tu elok la jugak. Biar muka tak comel, jgn hati busuk. Jaga la maruah. Aku ni singgah je, jumpa dari Google.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia