Monday, March 21, 2011



 Sifat Lelaki Vs Sifat Perempuan

(L)  Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P)  Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya. 
dia tak berapa ego. hee. mudah terpengaruh tu betol lah aku. haha

(L)  Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P)  Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.
 hmm. dua2 tak betol. bila masa aku mengalah? bila aku buat salah. haha 

(L)  Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P)  Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.
hmm. kadang-kadang aku bercerita. tapi bukan semua benda boleh cerita kat sembarangan orang. hee ;)

(L)  Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P)  Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.
ha, ini betol lah. kalau dia marah, sekejap jek. aku lak melenting lebih-lebih. padahal salah aku. terok kan aku? aku reda jek bila dah kena pujuk. tak pujuk, takdenye aku nak reda. kehkeh 

(L)  Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P)  Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
dua-dua ni tuju kat aku kot. grrr

(L)  Bersikap pemurah atau boros.
(P)  Bersifat kedekut atau berjimat.
terbalik ni. yang boros itu aku. yang kedekut atau penjimat itu dia lah. haha. sanggup tak makan kan sebab save duit. tapi pandai cari duit. bagos2. ;)

(L)  Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P)  Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.
fleksibel acane tu ek? ok. aku memang setia. lalalala 

(L)  Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P)  Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
yang L tu aku sokong sangat. dia bila aku bercerita bukan nak fokus. penat jek aku cite. esok2 tanya lagi. padahal aku dah cite benda tu. grrr. sebel tapi tetap sayang lah. 

(L)  Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P)  Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan
normal lah tu kan. bab jiwang2 karat ni bagi jek kat pompan. kaum laki ni malas nak layan sebenarnya. tapi nak jaga hati awek kan. terpaksa lah.  betol kan? betol kan?

(L)  Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P)  Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
lumrah hidup. perempuan suka bermanja sebab nak disayangi. lelaki2 hoi. layan je lah awek korang. kang merajok baru terhegeh-hegeh kau nak pujuk kan. ;p 

(L)  Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P)  Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
bukan biasanya melawan balik ke farah izwani?  mengalah bila dah takut kena marah jek lah. kehkeh.

(L)   Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P)   Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
betol.betol. jangan harap lah kat fb dia, kat belog dia nak cerita2 tentang aku. memang takde. mungkin dia tak suka tunjuk2 gf dia yang cute miut ni. wakaka.  perasan.

(L)  Agak keberatan meminta maaf
(P)  Lebih mudah meminta maaf
sama-sama susah kot. ego. haha

(L)  Suka MEMBUAT keputusan
(P)  Suka MENGIKUT keputusan
suka plak kau buat keputusan. bila kua makan jek mesti tanya nak makan mana? lepas makan tanya nak pegi mana.  aku tak suka buat keputusan. lebih suka mengikut. tapi nak bawak aku tempat bukan2 aku tak ekot lah.  haha

(L)  Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P)  Suka bersama keluarga 
yang lelaki tolong lah jawab kaum lelaki. aku tak tawu la pulak. yang perempuan betol lah tu. hik. 


ni bagi aku lah. bagi korang mesti lain kan? lain orang lain citarasa. hehe. ok sampai situ saja. tata.

terima kasih. sila baca lagi -_-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia