Thursday, March 3, 2011

JADILAH ORANG YANG PALING BAHAGIA


Senyum adalah sihir yang halal, wang muka kasih sayang dan simbol persaudaraan.  Senyum adalah surat kilat yang boleh membawa kedamaian dan cinta.  Senyum adalah sedekah yang pasti diterima, sebab senyum adalah petanda hati redha, tenteram dan teguh.

Salah satu bentuk kebahagiaan adalah hati yang terhindar dari berbagai penyakit yang sangat serius misalnya, ragu-ragu, mudah marah, berpaling dari Allah, tidak yakin, tenggelam dalam perkara syubhat dan menuruti hawa nafsu.

Orang yang paling berakal adalah orang yang paling banyak memaafkan kesalahan orang lain.  Dia menghadapi sepak terajang  dan ucapan mereka dengan sikap yang baik tanpa beban.  Orang seperti itulah yang akan memberikan ketenangan kepada dirinya dan orang lain.

Menghias diri dengan menjadi pendengar yang baik, tidak memotong percakapan orang yang sedang bercakap, lemah-lembut dalam bertutur, dan halus budi bahasa adalah lencana penghargaan yang disematkan di dada orang mulia.

Maafkanlah orang yang menzalimi anda dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda.  Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda, dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda.  Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan.

aku pilih bahagia ;D


terima kasih. sila baca lagi -_-

2 comments:

yUyUn aje. said...

minaci!
aku nak alamat ko lah nyettt
da betaon tgu ni
xbce cmnt dkt mjlis prsndingan 1 ea?

Emancipated Pt Ltd. said...

alamat ape?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia