"Cinta itu adalah sebuah perasaan fitrah yang cukup indah, jika diletakkan pada tempat yang betul, jika diberikan kepada orang yang tepat, dengan CARA YANG BENAR mengikut landasan Islam."
" Jika benar si dia yang masih belum halal adalah untukmu, Allah akan hadirkan dia kembali buat dirimu. Janji yang Allah tak pernah mungkiri bahawa setiap makhluknya diciptakan berpasang-pasangan. Dan pasti ada pasangan yang tertulis namanya di Lauh Mahfuz untukmu. Dan bila kita meninggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang pasti lebih baik untuk kita. Kita mesti benar-benar percaya kerana Allah adalah pemilik cinta kita yang utama, yang takkan sesekali menipu hambaNya. Keyakinan dan keimanan ini adalah bukti cinta kita kepada pemilik cinta kita yang pertama iaitu Allah."
sekarang ni tengah suka baca artikel artikel kat SINI. iluvislam.
terutamanya bab tazkirah. tazkirah tentang remaja dan cinta.
disebabkan peningkatan umur, so rasa hormon nak berubah ke arah lebih baik. hehe.
banyak benda baik yang aku dapat dan insyaAllah aku cuba perbaiki diri.
kadang kadang tu setepek kena kat batang hidung sendiri. hehe.
psst : excited yang sangat sekarang ni. alhamdulillah syukur sangat. Dia maha mendengar. terima kasih Ya Allah memakbulkan doaku. :)
nanti aku update apa sebabnya. tehee.
psst : excited yang sangat sekarang ni. alhamdulillah syukur sangat. Dia maha mendengar. terima kasih Ya Allah memakbulkan doaku. :)
nanti aku update apa sebabnya. tehee.
5 comments:
Alhamdulillah,selalu muhasabah diri kita. Sama2 beringat. =)
nice..semoga kita sama2 ambil yang baik
kita selalu pergi iluvislam. HAHA
teruskan. jgn brhenti.
So,bile lagi?he
Post a Comment