Tuesday, April 19, 2011

boleh tolong jawabkan persoalan yang mengganggu fikiran aku ni?

assalamualaikum

hai semua makhluk tuhan paling seksi.  hehe.  bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi di dunia yang fana ini.  alhamdulillah.

ujian dari Allah itu datang dari berbagai bentuk.  sama ada kematian, kesusahan,  kerinduan, ketidakpandaian dan sebagainya lah.  setiap orang tak terlepas dari mendapat ujian dan musibah dari Allah kan.  termasuk aku.  macam-macam yang aku lalui sepanjang hidup selama lebih 20 tahun ini.  baru 20 tahun tau.  masih muda.  hihik.

ujian tu kita kena hadapi dengan sabar dan tenang.  tapi bolehkah kita?  bagi aku ia sangat sangat susah.  aku tak kuat.  aku tak hebak.  aku tak kental.  mulut memang boleh cakap aku kuat.  tapi hati aku tak mampu.  sedaya upaya aku cuba untuk kuatkan hati, cekalkan diri, hadapi jek semua ujian ni dengan ikhlas.  sangat sukar.  ;(

lately ni, banyak pulak yang jadik kat aku.  berkaitan persahabatan.  kadang tu aku fikir apa maksud persahabatan yang sebenarnya ek.  aku memang tak layak ke untuk mendapat sahabat?  oh silap.  aku masih punya sahabat yang walaupun jauh tapi selalu memahami aku.  

kadang kadang tu aku terfikir apa yang aku dah buat kat kau.  sampai kau tak bertegur langsung dengan aku.  boleh kau tolong terangkan tak.  aku sedih yang sangat sampai benda tu sangat mengganggu fikiran aku sekarang ni.  kau buat seolah olah aku ni tak wujud.  tak pernah wujud.  oh mungkin aku halimunan kot.  kau tak nampak aku kot sebab tu kau macam tak nampak aku.  padahal aku dok sebelah je dengan orang yang kau tegur tu.  mungkin aku hantu.  dari ekot mata aku nampak kau pandang aku dengan sinisnya.  kenapa?  jijik ke tengok aku?  aku ni hodoh macam hantu yang ada tanduk di depan kepala, satu mata, telinga besar, berkulit hijau yang hanyir seluruh badan tu ke?  oh patutlah kau pandang aku pun taknak.  aku sendiri pun geli dengan diri aku kalau macam tu rupa aku. 

kenapalah kau buat aku macam ni.  berkawan dah lama.  tapi takkan macam ni kesudahannya.  aku taknak lah kan.  sebelum ni bahagia jek.  tapi tiba tiba kau berubah yang mendadak.  sampai satu hari tu aku peluk kau tapi kau tepis aku.  what the.  time tu aku rasa tak dapat tahan sebak ni.  sangat sedih.  memang aku jijik ea kawan.  kenapa bila orang lain buat, kau boleh je gelak gelak, peluk balik tapi bukan aku.  sekarang nak dengar kau panggil nama aku pun dah susah dah aku nak dengar.  nama aku tak tersenarai langsung dalam minda kau kan.  memang aku bukan kawan kau.

mungkin ini cuma perasaan aku.  tapi aku yang rasa semua ni.  cuba kalau kau kat tempat aku.  rasa apa yang aku rasa, baru kau tahu macam mana rasanya.  sangat sangat sedih oh.  sampai sekarang aku fikir je apa salah aku kat kau.  aku terlupa nak belanja kau makan pizza ke.  ke aku ada terambik gula gula kau ke.  ataupun aku ada terusik binatang peliharaan kau ke.  huhuk.  aku tak boleh fikir.  aku dah cuba sedaya mungkin.  tapi takda jawapan.  jawapan tu hanya ada pada kau.  tolonglah jawabkan. *...............................................................................* isi tempat kosong ni.  boleh?

tapi lepas bercakap dari hati ke hati dengan seseorang yang sudi pinjamkan telinganya untuk dengar luahan aku.  serius aku rasa lapang sangat dada.  terima kasih awak sanggup dengar kita punya masalah n bagi nasihat kat kita.   hihik.  kita cuba sedaya upaya yang kita mampu. 

untuk awak.  saya nak awak tahu yang saya sedih sangat awak buat saya macam ni.  saya rindukan awak yang dulu.  sangat sangat rindu.  masa untuk kita bersama tinggal beberapa detik je lagi.  saya taknak lah bawak kenangan pahit balik rumah.  ;(





terima kasih. sila baca lagi -_-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright@hakmilik kekal farah izwani. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia